"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu
daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala.
Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya.
Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan
apa yang diperintahkan"
[al-Tahrim 66 : 6]
Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai.
Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa
kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri
dan anak-anak.
"Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah
tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat
pertimbangkan permintaan kami", kata seorang pemanggil yang menelefon saya.
Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba
salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap
penting?
Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan
dan perhatiannya kepada anak- anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di
sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat
kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak
pun anak polis!
Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh
beranggapan sedemikian rupa.
Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan
oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya
menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti
dialog di atas.
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip
artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya.
Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.
"Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian", saya sukar
menahan hati dari bersedih.
Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan
membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari
memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus.
Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak
sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya
berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.
Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya
amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam
sudah menghamburkan air mata takutkan `kemarahan' saya.
Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang
tidak susah menjaganya.
Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak
bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah
yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan
mereka?
Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi
usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan.
Saya tidak menyesal menjadi `suri rumah' selama beberapa tahun. Saya
bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master
secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya
menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar
di depan mata.
Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian
semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan.
Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah
mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.
Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya
sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam.
Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak,
menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya
bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah
hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik
ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca
baik.
Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful
Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang
bersama sambil menghirup udara petang yang segar.
Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama
roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik,
makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan
Umminya turut sama.
Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk,
khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah.
Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan
kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam
untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di
South Circular Road, Dublin.
Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami
sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya.
Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih
menghiris rasa.
Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak- anak
semakin meruncing.
Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung
daun-daun perang gugur di petang musim luruh.
"Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita
mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke
Malaysia", saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.
Isteri saya mengangguk tanda setuju.
Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu
sahaja saya patut risau.
Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya
ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan
cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada
suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak
muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis "OMER".
Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia.
Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika
dan berkata, "my father is a Moslem!"
Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak
dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.
Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali.
Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami,
"apakah selamat anakku membesar di Malaysia?"
Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas
Iman dan Kufur kepada anak-anak.
"Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!", saya boleh
menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.
Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa
yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam
yang satu. Garis hitam putih amat jelas.
Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya
lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area
melebar luas.
Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan
agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini
kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-
anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal
makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam
suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas.
Mampukah saya begitu? Entahlah...
Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland.
Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk
darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua
jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan
belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis
setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah
berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.
Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey.
Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan
training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia
tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting
berkaitan dengan anak-anaknya.
Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang
dua ini pun sudah pening kepala.
Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan
leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya
tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur
kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang
usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi
pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti.
Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak
akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa.
Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak- anak
adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.
Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya
lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa
satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya
akan tangkap dia dan mandikan agar `sejuk', kemudian saya ke bawanya ke
bilik dan kami berdialog.
Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang,
saya sentiasa setia melayan.
Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya
diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh
Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer
dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada
anak-anak.
Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak
saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah
kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil aligh ini kepada
saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap
mereka.
Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian
cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak
suatu hari ini.
Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama.
Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.
Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak?
Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana
orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika
atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu
orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang
berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau
Filipina.
Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang
seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika
saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan
akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?
Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru
nursery, dan entah siapa lagi.
Ibu dan ayah di mana?
Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.
Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana
makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan
anak-anaknya.
Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan,
minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual,
semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang
paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka.
Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan
mereka?
Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain.
Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin
semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.
Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak,
lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.
Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih
diberi.
Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret
saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada
anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad'u pertama
saya.
Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah
untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi
selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita
tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak
henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada
mudarat.
Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk
berpatah balik menyelamatkan keadaan.
Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan
kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan
pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya
kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan
didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan
di belakang, apakah ada jalan pulang?
Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.
Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa
kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.
Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah
pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?
Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula
dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!
kepada Maryam,
maafkan walid dan ummi....
Wednesday, October 10, 2012
Thursday, May 17, 2012
Resepi tart telur dan tart buah
Assalamualaikum wbt...hari ini adalah hari isnin yer kawan-kawan, dan besok adalah hari selasa. So what?! Apa kena-mengena hari dengan ini, besok dan seterusnya dengan entry kite hari ni?xde kena-mengena pun sebenarnya...wallaaa...just nak share yang yeahhh imma kinda excited because my super-duper lovely huby will be back tomorrow! And the most exciting part is his 3 weeks holiday is approved. Syukur Alhamdulillah...so he can accompany me to labour room next week (maybe..=p)...tiehehe...
ok done for the introduction, actually this entry is about what we all have done today. who we all? i mean me and all my sis in laws has succeed doing our most favorite pastry, tart telur and tart buah. Kitorang buat dua-dua sekali sebab memang tamak haloba sangat dah kan...hahaha..We got the recipe from the internet also actually but since one of my sis in law have certificate in pastry, so we use her knowledge lar jugak...not simply depend on the internet punya recipe.
so here they are:
For the pastry
Ingredients;- 420 gm tepung, 100 gm icing sugar, 200 gm butter, 1 tbsp susu tepung, 1/2 teaspoon vanilla extract, pinch of salts, and 1 large egg.
Then, put the ingredients altogether and make a dough. lepas tu, letak dalam acuan tart and bakar selama 15 to 30 minutes or agak-agak separuh masak pada suhu 170 deg C. pastry tu kena separuh masak jer dulu sebab lepas ni nak bakar lagi...;)
For the egg custard filling
Ingredients;- a glass of fresh milk, a glass of icing sugar, 4 large eggs, a glass of water, 1 tbsp custard powder, 1/2 teaspoon vanilla extract and sedikit pewarna kuning telur.
Caranya, in a large bowl beat the eggs lightly with the icing sugar. Then slowly pour the fresh milk and water over the beaten eggs and constantly stirring. Also don't forget your custard powder, vanilla extract and pewarna yang dibenarkan..hehe.kacau sehingga sebati and DONE for the egg custard filling.
Then, put the ingredients altogether and make a dough. lepas tu, letak dalam acuan tart and bakar selama 15 to 30 minutes or agak-agak separuh masak pada suhu 170 deg C. pastry tu kena separuh masak jer dulu sebab lepas ni nak bakar lagi...;)
For the egg custard filling
Ingredients;- a glass of fresh milk, a glass of icing sugar, 4 large eggs, a glass of water, 1 tbsp custard powder, 1/2 teaspoon vanilla extract and sedikit pewarna kuning telur.
Caranya, in a large bowl beat the eggs lightly with the icing sugar. Then slowly pour the fresh milk and water over the beaten eggs and constantly stirring. Also don't forget your custard powder, vanilla extract and pewarna yang dibenarkan..hehe.kacau sehingga sebati and DONE for the egg custard filling.
Lastly, pour the egg custard filling mixture through a sieve or guna sudu jer into the pastry yang separuh masak tadi tu.Then, place the tart onto a baking sheet and bake for 10 to 20 minutes or until the custard is set.then siappp!!
ni gambar hasil kerja kami bertiga..;)
pastry yang belum dibakar
pastry sedang dibakar
letak egg custard filling dalam pastry yang separuh masak
bakar lagikk...
yeayyy...ciappp!!! nyummyy....
As for the fruits tart, the pastry is same like on top. But for the filling, we make some cream custard which is very the easy one.
For the cream custard filling
Ingredients;- 250gm custard powder, 600ml fresh milk, 1 teaspoon vanilla extract-----> altogether and masak di atas api yang kecil sehingga pekat.
fruits;- we use grape, orange and kiwi. But its up to you ok, it can be strawberry (if budget besar lar..hehe), mango ker..rambutan pon boleh! =) -----> potong ikut suka hati korang!
fruits tart DONE!
amacam??bole jual ker xley jual??
nak order bole jer....;)
psst: entry ni entry tertangguh, jadik pedulikan datenyer tu..=p
bubbbyyeeeee............
Labels:
favourites
Monday, March 26, 2012
Wednesday, March 21, 2012
My precious moment
Assalamualaikum wbt...dah lama rasanya tak update blog ni...hampir 9 bulan lamanya..hehe..bukan sebab ketiadaan masa atau ketiadaan internet atau ketiadaan perkembangan terbaru, tapi disebabkan kemalasan yang teramat menyebabkan mood untuk berblog pun hilang. Entry kali ini sangat random rasanya, sekadar kenang-kenangan untuk anak cucu besok (ecececeh) serta buat tatapan rakan-rakan semua, ok?! Seperti yang sedia maklum dalam entry yang lepas-lepas, kite masih lagi bergelar seorang pelajar bachelor, tapi tidak agi sekarang...sekarang ni kite sudah pun bergelar seorang employer serta dalam masa yang sama seorang isteri dan dalam tempoh 2-3 minggu lagi bakal bergelar seorang ibu. Perkembangan yang sangat progressive sekalikan?=p Serba sedikit pasal perkembangan terbaru sekarang...tapi entry kali ini kite nak story pasal majlis kawin kite 9 bulan yang lepas, ditekankan dekat sini 9 bulan yang lepas ok..hahaha...basi ker tak basi kite nak update jugak...meh jum layan gambar....cikidaoooodah!!
Nikah
Tarikh: 17 Disember 2010
Tempat: Surau Artisen Quarters, Padang Kubu.
Dalam entry yang lepas kite dah pon story pasal majlis nikah kite ni kan, so nih saje jer nak buat ala-ala timeline gitu kan..;) kite dengan en huby decided untuk nikah dulu walaupun masa ni kite baru nak masuk tahun akhir dekat UPM. Kenapa kite kawin awal, i mean umur baru masuk 23 tahun tapi dah bersedia untuk jadi isteri?Jawapannya sebab kite sendiri perlukan seseorang yang boleh menjaga kite dan bila dah ada tanggungjawab tu buat kite lagi serius dalam kebanyakan hal, xder dah nak main sana main sini lagi. X caye cube lar kawin awal..=p Lagi pun dah ada orang nak kan?? hahahaha.....kitorang kawin tapi still x tinggal bersama sebab en huby kite ni kerja jauh di sempadan lautan dan kite pun masih terikat dengan komitmen study. So memang xde masalah xboleh fokus dengan study ke ape kan?
Pre-wedding
Tarikh: 8 Mei 2011
Tempat: Putrajaya Botanical Garden
Gambar pre-wedding nih saje-saje jugak nak ambik. Bukan pre-wedding pun sebenarnya sebab masa nih dah kawin ok. Tuh yang boleh pegang-pegang..hehehe...
Kad kahwin
kite tempah dekat sini http://www.rajasehari2u.com/ Dapat harga promosi berbaloi-baloi u olls taw...heee..laminated finishing RM0.40 sekoping siap dengan sampul kad.
Banner sebelah cik puan isteri
Banner pun tempah dekat sini http://www.rajasehari2u.com/.
Banner sebelah en huby
Kenduri sebelah Cik Puan isteri
Tarikh: 2 Julai 2011
Tempat: Kg. Padang Kubu, Kemaman.
Kenduri diadakan selepas 7 bulan bergelar isteri iaitu selepas kite graduated lar...semua preparation majlis ni kite guna perkhidmatan dari sini (https://www.facebook.com/pages/Butik-Pengantin-Aziela-KEMAMAN/161951627184349). Thanks to K.La, Abg Fauzi serta crew yang dah bertungkus lumus sampai ke lewat malam sebab nak semuanya sempurna. Mintak maaf sangat sekiranya ada yang terlebih atau terkurang ker sepanjang majlis ni berlansung.
Ni Abah kite...tetap ceria walaupun darah naik sebab x cukup rehat sepanjang majlis. Atau abah happy sebab dah kurang sorang beban tangggungan anak dia nih...=p
Isteri kepada anak sulung kepada ibu yang sulung...paham ker tidak?! heheh...
My Beloved Family
Thanks As and Zai sudi datang dari jauh..sayang korang laju-laju..;)
Kawan en huby..;)
Wani and Iwan..thanx for present yang sangat noty tu yek! =p angpa tunggu lar time korang pulak nanti yek...hahahaha
Big thanx to orang-orang kuat di dapur..;)
Alhamdulillah, sejuk telinga hadirin yang datang dengar alunan zikir munajat dari adik-adik Taman Islam, Kemaman.
mak kite..;)
"moh lar kite poie makan plak sayang..lapo da pewot nih"...kata en huby..=p
Doa x baca lagi, gelojoh tul pengantin nak makan..=p
"olololo....malu-malu tucen en huby kite ni..tadik cakap lapo".. kata cik puan isteri..hehehe
jelingan dia..pheeeuuww
tayunk b sangat!
Semoga tuhan sentiasa memberkati hidup kita dan kekal selama-lamanyanya..;)
Apa barang lar suap secoet jek?! orang nak sepinggan...tsskk...
Kenduri sebelah En huby
Tarikh: 9 Julai 2011
Tempat: Kg. Telaga Daing, Seberang Takir.
Majlis sambut menantu diadakan seminggu selepas majlis dekat rumah kite. Majlis diadakan secara sederhana namun meriah sesuai dengan tujuan iaitu majlis kesyukuran...;)
keluarga dari kelantan dan kemaman turut datang membantu..;)
Ke perbarisan semua, kita akan berkawad sebentar saja lagi..yeahhh!
Dari kiri: mak kite, abah kite, mak mertua kite, en huby kite..;)
Sayangi dan hormatilah mertuamu seperti ibu bapamu sendiri..;)
En huby with his twin..=p
My beloved adik-adik ipar..;)
Family abg kite..;)
Dengan adik-adik ipar..;)
Post-wedding
Tarikh: September 2011
Tempat: Jeti Awana Kijal.
Gambar post-wedding nih diambil 3 bulan selepas kenduri...dekat setaun jugak baru setle sume hal-hal kawin kite ni kan? haha....banyak sangat halangannya and asyik kene postponed jek... sampai kite dah terpregnant dulu baru nak sebuk berpost-wedding bagai..=p time nih kite dah pregnant 3 bulan taw..tuh yang nampak bambam sikit kan? heeuuuu....
Akhirnya, siap jugak entry kawin-kawin nih. 2 hari taw amek masa nak siapkan mende nih. Apa kaw hengat aku xder koje laen ker nak mengadap mende nih 24 jam? pheuwww...meh tolong lap peloh den meh..=p
sayonara.......babai..thank you for reading this entry...;)
Labels:
cinta kami
Subscribe to:
Posts (Atom)